Perkahwinan di Thailand
KUALA
LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengiktiraf enam Majlis Agama
Islam di Selatan Thailand untuk menguruskan perkahwinan di Thailand bagi
pasangan dari Malaysia, selepas mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri
(Jain).
Pengarah
Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) Jakim, Saimah Mukhtar
berkata, pengiktirafan berkenaan diberikan berdasarkan kesepakatan dan
persetujuan bersama yang dimeterai kedua-dua negara dalam satu pertemuan, April
lalu.
"Enam
Majlis Agama Islam berkenaan adalah di Satun, Songkhla, Pattani,
Narathiwat, Yala dan Phatthalung di Selatan Thailand. Persetujuan
diberikan hasil pertemuan yang diadakan untuk penyelarasan pengurusan
perkahwinan warga Malaysia di Selatan Thailand. "Bagaimanapun, pernikahan
itu hanya dibenarkan berlangsung di pejabat Majlis Agama Islam enam wilayah
berkenaan saja dan tidak pula membabitkan cawangan lain bagi pejabat berkenaan
termasuk di Betong, Thailand," katanya.
Perjalanan
Pasangan
yang nikah di Thailand bersama kami akan kami bawa terlebih dahulu ke Majlis
Agama islam Songkhla (MAIS) di Klong Hae, yang terletak diantara bandar Hat Yai
dan bandar Songkhla, atau Majlis Agama Phatthalung.
Perkahwinan
akan berlangsung di MAIS sejurus selepas tiba di sana.
Dalam tempoh
tak lebih 2 jam selepas perkahwinan, MAIS akan menyerahkan surat nikah dan
surat pengesahan nikah kepada pasangan. Surat pengesahan nikah ini ditujukan
kepada Konsulat Malaysia di Songkhla.
Berikutan
itu, kami akan bawa pasangan ke Konsulat Malaysia di bandar Songkhla untuk
menyerahkan surat pengesahan nikah dari MAIS tadi, dan untuk memohon surat
pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia.
Selesai
urusan di Konsulat, kami akan bawa pasangan untuk jamuan makan tengah hari di
restoran Islam di tepi pantai Songkhla.
Selepas
makan, pasangan ada pilihan untuk pergi membeli belah di Hat Yai (pusat
membeli-belah untuk Wilayah Songkhla ialah di Hat Yai), atau bersiar-siar di
sekitar Hat Yai dan Songkhla, atau terus pergi ke hotel.
Sekiranya
ingin membeli-belah atau bersiar-siar, kami akan bawa dengan kereta yang kami
sediakan, tanpa apa-apa caj tambahan. Hat Yai dan Songkhla adalah tempat
pelancongan bagi penduduk Thailand dan Malaysia. Banyak yang boleh dilihat di
sana. Sebagai contoh, Songkhla mempunyai pantai yang cantik, jambatan konkrit
terpanjang di Thailand, zoo yang terbesar di Selatan Siam dan perusahaan kain
tenunan tangan yang terkenal. Untuk mereka yang meminati sejarah, muzeum
Songkhla mengandungi bahan-bahan sejarah sejak abad ke-7 dulu lagi - zaman
pemerintahan Srivijaya.
Keesokan
harinya, kami akan datang ke hotel untuk menjemput pasangan, untuk pergi
mengambil surat pengesahan dari Konsulat Malaysia. Surat pengesahan dari
Konsulat Malaysia ini adalah penting untuk mendaftar nikah bila balik ke
Malaysia nanti.
Dari
Konsulat, kami akan bawa untuk makan tengah hari sebelum bertolak balik ke
Bukit Kayu Hitam (atau hotel, bagi mereka yang memilih untuk melanjutkan tempoh
berada di Songkhla).
Poligami Tanpa Kebenaran
Undang-Undang Perkahwinan Poligami (Selangor)
"Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan
seorang lain dalam masa ia masih beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali
dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Hakim
Syariah, akan tetapi dan tertakluk kepada Seksyen 123, jika ia berkahwin
sedemikian tanpa kebenaran tersebut maka perkahwinan itu boleh didaftarkan di
bawah Enakmen ini dengan perintah Mahkamah."
Seksyen 123 menyatakan "Jika seseorang lelaki
berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada
masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari
Mahkamah maka ia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan
denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dengan penjara tidak lebih
dari enam bulan atau dengan kedua-duanya denda dan penjara itu."
(Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor)
Perkahwinan Tanpa Kebenaran Mahkamah di Thailand
Kalau boleh,
elakkan perkahwinan tanpa kebenaran mahkamah. Tapi kami faham bahawa ada kalanya pasangan yang
ingin berpoligami akan berdepan dengan berbagai rintangan untuk nikah di
Malaysia, sedangkan kalau mengikut hukum syarak, pasangan tersebut layak
berkahwin.
Sebagai
contoh, ada kalanya pasangan menghadapi masalah untuk mendapatkan izin mahkamah
dengan kadar segera, sedangkan mereka menghadapi kesukaran untuk mengelak dari
zina, atau mereka ingin berhenti dari melakukan zina dan berkahwin segera untuk
menghalalkan hubungan, atau perempuan terlibat sudah hamil dan mereka ingin nikah
segera untuk tidak memalukan keluarga mereka yang tak bersalah, atau lain-lain
sebab yang mendesak.
Dalam kes
begini, kami boleh bantu pasangan terlibat untuk nikah di Thailand secara sah
dengan kadar segera. Tapi pasangan terbabit harus sedar bahawa mereka boleh
dikenakan hukuman oleh mahkamah syariah bila balik nanti.
Apa yang Perlu Dibawa ke Thailand
Dokumen yang
diperlukan adalah seperti berikut:
- Kad pengenalan
- Pasport atau Pas Sempadan
- Bagi janda, bawa surat cerai
atau surat kematian suami yang asal
- Bawa juga videocam (kamera atau
fon) untuk merakamkan akad nikah.
Pemilihan Tarikh Perkahwinan
Kalau boleh,
pilih mana-mana dua hari bekerja untuk nikah poligami di Thailand supaya boleh
balik dengan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, selain surat nikah dan
surat pengesahan nikah dari MAIS. Kalau tak boleh, pergi sehari untuk nikah
dulu, dan uruskan surat pengesahan Konsulat kemudian.
Wali Enggan
Wali Enggan dan Wali Hakim
Berdasarkan
kepada hukum syarak, apabila seseorang itu tidak mahu mewalikan nikah anaknya
kerana enggan atau berselisihfaham, maka bolehlah dinikahkan perempuan itu oleh
wali hakim dengan alasan:
Pertama:
Daripada Aisyah r.a. Nabi saw bersabda:
"Jika
mereka berselisih , maka Sultan atau Rajalah wali bagi orang yang tidak ada wali".
(Riwayat Abu Daud, Ahmad dan At-Tirmizi)
Kedua:
Rasulullah saw bersabda:
"Kalau
datang kepadamu lelaki beragama dan berakhlak baik, maka nikahkanlah ia. Jika
kamu tidak melakukannya nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan yang
besar". (Riwayat At-Tirmizi)
Menurut
undang-undang Malaysia, kes wali enggan perlu dibawa ke mahkamah syariah untuk
penyelesaian.
Nikah di Thailand akibat Wali Enggan
Undang-undang
menetapkan bahawa kes wali enggan harus diselesaikan di mahkamah syariah. Dan
kami bersetuju bahawa amat baik kalau bakal pengantin perempuan dan walinya
bersetuju untuk merujuk perselisihan mereka kepada Pejabat Agama dan mahkamah,
supaya dapat dicari penyelesaian terhadap perselisihan mereka.
Malangnya,
tidak ramai wali yang sanggup menyelesaikan kes melalui Pejabat Agama dan
mahkamah. Mereka menjadi marah bila dipanggil ke Pejabat Agama untuk sesi
kaunseling, dan anak yang membawa kes ke Pejabat Agama dianggap anak derhaka.
Dalam sesetengah kes, hubungan antara ayah dan anak menjadi terlalu buruk.
Dalam kes
wali enggan, kami boleh bantu pasangan terlibat untuk nikah di Thailand secara
sah, supaya tidak berlaku zina. Bila balik nanti, mereka tidak perlu duduk
serumah sementara usaha diteruskan untuk memujuk ayah supaya menerima hubungan
anak dengan pasangannya.
Apa yang Perlu Dibawa ke Thailand
Dokumen yang
diperlukan adalah seperti berikut:
- Kad pengenalan
- Pasport atau Pas Sempadan
- Bagi janda, bawa surat cerai
atau surat kematian suami yang asal
- Bawa juga videocam (kamera atau
fon) untuk merakamkan akad nikah.
Pemilihan Tarikh Nikah
Kalau boleh,
pilih mana-mana dua hari bekerja supaya boleh balik dengan surat pengesahan
dari Konsulat Malaysia, selain surat nikah dan surat pengesahan nikah dari
MAIS. Kalau tak boleh, pergi sehari untuk nikah dulu, dan uruskan surat
pengesahan Konsulat kemudian.
Nikah Gantung | Nikah Khitbah
Definisi Nikah Khitbah
Khitbah bermaksud bertunang. Oleh
itu, maksud nikah khitbah (atau, dalam sebutan biasa di Malaysia, nikah
gantung) adalah perkahwinan yang memenuhi semua syarat-syarat sah nikah, tetapi
pasangan belum hidup bersama. Cara nikah khitbah sama seperti perkahwinan
biasa, cuma kenduri kahwin belum diadakan.
Di samping
itu, tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri belum lagi diwajibkan keatas
suami, sehingga mereka menjalani kehidupan suami-isteri seperti lazimnya.
Oleh kerana
mereka sudah pun berkahwin, mereka boleh keluar bersama atau belajar bersama
atau apa-apa saja aktiviti yang melibatkan hanya mereka berdua. Cara ini lebih
baik dari berkapel atau bertunang.
Kalau
ditakdirkan berlaku kehamilan, anak itu adalah anak sah taraf.
Contoh Nikah Khitbah
Rasulullah
dan Aisyah tidak terus tinggal bersama selepas perkahwinan mereka. Mereka
tinggal berasingan selama 2-3 tahun. Sesudah itu baru mereka tinggal bersama.
Ini adalah contoh nikah khitbah.
Hukum Nikah Gantung Dalam Islam
Perkahwinan
cara ini memenuhi semua rukun nikah - ada wali, ada dua orang saksi, ada calon
suami dan calon isteri, dan ada ijab kabul. Lelaki juga memberikan mahar
(maskahwin) kepada perempuan yang dikahwininya. Oleh yang demikian, nikah
gantung adalah sah kerana memenuhi semua syarat-syarat sah nikah dalam Islam.
Kebaikan Nikah Gantung
Dalam
keadaan di mana pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah agak bebas dan
para remaja sering berkapel, nikah khitbah adalah satu alternatif yang baik
untuk mengelakkan berlakunya maksiat dan mengurangkan kelahiran anak ltak sah
taraf.
Setelah
berkahwin, pasangan boleh bersama kemana sahaja. Tidak timbul soal zina atau
kelahiran anak tak sah taraf. Tapi, kalau masih belajar atau masih belum
bersedia untuk memikul tanggungjawab seorang ayah dan ibu, cubalah mengawal
nafsu, sehingga masa yang lebih sesuai.
Sekiranya
menghadapi masalah untuk berkahwin di Malaysia, kami boleh uruskan di Thailand.
Apa yang perlu dibawa Untuk kahwin di Thailand
Dokumen yang
diperlukan adalah seperti berikut:
- Kad pengenalan
- Pasport atau Pas Sempadan
- Bagi janda, bawa surat cerai
atau surat kematian suami yang asal
- Bawa juga videocam (kamera atau
fon) untuk merakamkan ijab kabul.
Pemilihan Tarikh ke Thailand
Kalau boleh,
pilih mana-mana dua hari bekerja supaya boleh balik dengan surat pengesahan
dari Konsulat Malaysia di Songkhla, selain sijil perkahwinan dan surat
pengesahan dari MAIS. Kalau tak boleh, pergi sehari sahajak dulu, dan pergi
semula kemudian nanti untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat Malaysia
di Songkhla. Surat pengesahan ini akan diperlukan untuk mendaftar perkahwinan
itu di Malaysia, atau sebagai bukti jika disoal oleh pegawai pencegah maksiat.
Hamil Luar Nikah
Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar
Nikah
Persidangan
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Jan 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan
Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah.
Persidangan
telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus
dinikahkan tetapi anaknya
- tidak boleh dinasabkan kepada
lelaki itu,
- tidak dapat pesaka daripadanya,
- tidak menjadi mahram kepadanya
- dan lelaki itu tidak boleh
menjadi walinya.
Perkahwinan Wanita Hamil Anak Luar Nikah
Perempuan
yang hamil dengan anak luar nikah boleh berkahwin. Pasangan yang paling sesuai
ialah ayah kepada anak dalam kandungannya.
Perkahwinan
demikian akan menjadikan lelaki tersebut mahram kepada anak yang bakal
dilahirkan, dan jika anak itu dilahirkan lebih dari enam bulan selepas nikah,
anak itu boleh dibinkan kepada ayahnya.
Perkahwinan
demikian elok disegerakan, dan jika menghadapi masalah untuk nikah dengan kadar
segera di Malaysia, kami boleh bawa ke Thailand untuk nikah di Songkhla secara
sah, seterusnya mendapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla,
dan kemudiannya pernikahan itu boleh didaftarkan di Malaysia.
Menurut
pandangan Mazhab Syafie, perempuan yang hamil dengan anak luar nikah boleh juga
nikah dengan lelaki selain pasangan zinanya, tapi mereka tak boleh melakukan
senggama sehingga anak dalam kandungan telah lahir.
Apa yang Perlu Dibawa ke Thailand
Dokumen yang
diperlukan adalah seperti berikut:
- Kad pengenalan
- Pasport atau Pas Sempadan
- Bagi janda, bawa surat cerai
atau surat kematian suami yang asal
- Bawa juga videocam (kamera atau
fon) untuk merakamkan akad nikah.
Pemilihan Tarikh Nikah
Kalau boleh,
pilih mana-mana dua hari bekerja supaya boleh balik dengan surat pengesahan
dari Konsulat Malaysia, selain surat nikah dan surat pengesahan nikah dari
MAIS. Kalau tak boleh, pergi sehari untuk nikah dulu, dan uruskan surat
pengesahan Konsulat kemudian.
Majlis Agama Islam Songkhla
Nikah di Songkhla Hanya Sah di Pejabat MAIS
SONGKHLA
(Selatan Thailand): Pernikahan pasangan luar terutama rakyat Malaysia di
Songkhla tidak akan diiktiraf jika menggunakan khidmat sindiket nikah ekspres
atau jurunikah tidak bertauliah kerana Majlis Agama Islam wilayah Songkhla
(Mais) sudah mengeluarkan arahan hanya pejabatnya di sini, sebagai tempat
pernikahan yang sah berkuat kuasa 16 September lalu.
Berikutan
itu, pasangan yang bernikah selain daripada di pejabat Mais di Jalan Klonghae
di sini, dianggap tidak sah.
Yang
Dipertua Mais, Zakaria Saleh berkata, peraturan baru itu dikeluarkan kerajaan
Thailand berikutan banyak aduan mengenai kekeliruan serta pemalsuan sijil
nikah.
"Selepas
ini, pasangan yang bernikah selain daripada di pejabat Mais, tidak sah dan
tidak diiktiraf kerana hanya kami mengeluarkan sijil nikah sah dan asli.
(Disiarkan
oleh Harian Metro pada 8 Okt 2010)
Majlis Agama Islam Songkhla
Majlis Agama
Islam Songkhla (MAIS) bertanggung jawab melantik dan mentauliah semua jurunikah
di Wilayah itu. Pada masa ini, ada 30 orang naib kadi yang dilantik untuk
menjadi jurunikah dan saksi nikah oleh MAIS. Mereka ini menjalankan upacara
ijab kabul dan kemudian mengeluarkan sijil nikah.
Majlis ini
juga mengeluarkan surat pengesahan nikah yang ditujukan kepada satu-satunya
Konsulat Malaysia bagi Selatan Thailand, di Songkhla.
Surat Pengesahan Nikah Dari MAIS
MAIS hanya
mengeluarkan surat pengesahan nikah kepada pasangan-pasangan dari Malaysia yang
kahwin di pejabat MAIS. Tujuan surat pengesahan ini ialah untuk membolehkan
rakyat Malaysia memohon surat pengesahan pernikahan dari Konsulat Malaysia di
sana.
Konsulat
Malaysia tidak akan mengeluarkan surat pengesahan nikah kepada pasangan yang
nikah di Songkhla, kalau pemohon tak sertakan surat ini.
Konsulat Malaysia di Songkhla
Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla
Pejabat
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla telah dibuka pada 3hb Februari 1958 dalam
bangunan kepunyaan British dan tanah kepunyaan kerajaan Thailand.
Dalam tahun
1969, Kerajaan Malaysia telah membeli bangunan Konsulat itu dari pihak British.
Dalam tahun 1980, Kerajaan Malaysia telah membeli tanah tapak Konsulat Malaysia
di Songkhla.
Diantara urusan
yang boleh dilakukan di Konsulat malaysia di Songkhla termasuk memperbaharui
pasport, mendaftar kelahiran anak, mendaftar nikah, memohon visa dan permit
kerja, dan sebagainya.
Konsulat
Malaysia di Songkhla dibuka dari pukul 8:15 pagi dan ditutup pukul 4 petang
waktu Thailand, dari Isnin hingga Jumaat. Pejabat ditutup dari pukul 12pm
hingga 1pm setiap hari Isnin - Khamis, dan dari pukul 12pm hingga 2pm setiap
hari Jumaat.
Surat Pengesahan Nikah dari Konsulat
Setelah
nikah di ibu pejabat Majlis Agama Islam di salah satu dari enam wilayah di
Selatan Thailand yang diiktiraf oleh JAKIM, pasangan perlu pergi mendapatkan
surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Tidak ada Konsulat
Malaysia di mana-mana wilayah di Selatan Siam kecuali di Songkhla.
Surat ini
perlu ada untuk pendaftaran nikah di Malaysia. Kalau cuba mendaftar di Malaysia
tanpa surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, mahkamah syariah
akan mengarahkan untuk mengambil surat ini dulu sebelum perbicaraan diteruskan.
Untuk memohon
surat ini, pasangan perlu pergi ke kaunter Konsulat untuk menyerahkan borang
permohonan dan dokumen, kemudian datang semula pada hari bekerja berikutnya
(atau kemudian dari itu) untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat
Surat
pengesahan Konsulat tidak dikeluarkan pada hari permohonan itu sendiri.
Songkhla Selamat
Punca Rusuhan di Selatan Thailand
Yala,
Narathiwat dan Pattani telah diiktiraf sebagai sebahagian dari Thailand, tanpa
persetujuan penduduknya, melalui perjanjian diantara Siam dan England pada
tahun 1909. Sejak itu, tiga wilayah ini telah bergolak disebabkan penentangan
bersenjata oleh penduduk tempatan terhadap Kerajaan Thailand. Mereka menuntut
kebebasan dari Thailand, tetapi Thailand pula berusaha untuk mengukuhkan kuasa
mereka keatas kawasan ini.
Usaha
Thailand untuk mengukuhkan kuasanya di kawasan itu telah meningkatkan
penentangan terhadap kerajaan Thailand.
Peningkatan
penentangan bersenjata menjadi ketara sejak tahun 2004, dengan beberapa rusuhan
dan huru-hara melanda tiga wilayah Selatan ini, mengakibatkan lebih 5,000
kematian dari tahun 2004 hingga 2011.
Wilayah
Songkhla tetap aman dan tidak
terlibat dengan pergolakan ini.
Songkhla Selamat
Kami sering
ditanya tentang keselamatan di Songkhla. Jawapannya: Songkhla adalah tempat
yang aman dan jauh lebih selamat berbanding Yala, Narathiwat atau Pattani.
Di Yala,
sudah beberapa kali bom meletup hanya 20+km dari Betong yang bersempadan dengan
Perak. Di Narathiwat, kawasan berhampiran Kelantan seperti Tak Bai dan Golok
pun sering mengalami pengeboman.
Tapi
Songkhla tidak mengalami masalah begitu.
Tidak
seperti Yala, Narathiwat dan Pattani, Wilayah Songkhla memang sebahagian dari
Thailand sejak dulu lagi. Majoriti penduduk Songkhla pun bukan beragama Islam
seperti di Yala, Natrathiwat dan Pattani, tapi beragama Buddhist. Dua fakta ini
tidak memungkinkan Songkhla menyertai gerakan pemisah di Yala, Narathiwat dan
Pattani.
Pengurusan yang Lengkap
Dokumen Lengkap Hanya Dari Songkhla
Songkhla
adalah tempah yang jauh lebih selamat berbanding Yala, Pattani atau Narathiwat.
Tidak ada rusuhan di Songkhla. Songkhla tempat yang aman.
Selain
keamanan, Songkhla juga ialah tempat satu-satunya Konsulat Malaysia di Selatan
Thailand. Tak ada Konsulat Malaysia di mana-mana wilayah lain di Selatan Thailand.
Pendaftaran
nikah di Malaysia akan memerlukan surat nikah dan surat pengesahan nikah dari
Majlis Agama Islam, dan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di
Songkhla.
Kalau nikah
di Songkhla, semua ini akan didapati dalam masa dua hari bekerja. Kalau nikah
di tempat lain, perlu pergi ke Songkhla pulak untuk mendapatkan surat
pengesahan dari Konsulat Malaysia di sana. Dua kali kerja. Tambah kos. Buang
masa.
Lebih baik
nikah di Songkhla.
Apa yang Perlu Dibawa
Dokumen Yang Perlu Dibawa
- Pasport yang sah atau Pas Sempadan - Cuma penduduk Perak, Perlis,
Kedah dan Kelantan boleh memohon Pas Sempadan.
- Kad pengenalan
- Surat cerai/surat kematian
suami (Jika
berkenaan) - Bawa surat yang asal, bukan photocopy.
- Surat/Kad Mualaf (jika berkenaan) - Bawa surat
yang asal, bukan photocopy.
- Surat izin wali (Jika ada)
- Kami membawa seluruh rakyat
malaysia termasuk sabah dan sarawak dan akan menguruskan segalanya tanpa
sebarang masalah.
Keperluan Visa untuk memasuki Thailand
Rakyat ASEAN
dan negara-negara tertentu tidak memerlukan visa untuk memasuki Thailand
Ada baiknya
membuat semakan di kedutaan Thai di Malaysia tentang keperluan visa bagi
pasangan yang bukan berasal dari negara ASEAN.
Penduduk
negara-negara berikut mungkin perlu kembali ke negara mereka untuk membuat visa
sebelum ke Thailand (semak status terkini dari Kedutaan Thailand di Malaysia):
Afghanistan, Algeria, China, Egypt, India, Iran, Iraq, Lebanon, Libya,
Pakistan, Palestine, Sri Lanka, Sudan, Syria dan Yemen
Proses Pendaftaran
Pendaftaran Nikah di Malaysia
Setelah
balik ke Malaysia dengan dokumen lengkap (termasuk surat pengesahan dari
Konsulat Malaysia di Songkhla), pergi ke Pejabat Agama Islam berhampiran dan
mohon borang pendaftaran nikah luar negara.
Biasanya,
pegawai yang memberikan borang itu akan menjelaskan apa yang harus dilakukan,
termasuk salinan dokumen yang perlu dikepilkan bersama borang permohonan itu.
Diantara
dokumen yang perlu ialah surat nikah, surat pengesahan nikah dari Majlis Agama
Islam di Siam, surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla,
keputusan ujian HIV, sijil pra-perkahwinan (bagi pernikahan kali pertama),
salinan surat nikah/cerai terdahulu (jika ada) dan beberapa dokumen lain.
Pendaftar
nikah akan semak semua dokumen itu, dan kes akan dibawa ke mahkamah syariah
untuk perbicaraan pengesahan nikah. Selepas apa-apa denda dikenakan, hakim akan
mengarahkan pernikahan itu didaftarkan.
Contoh Proses Pendaftaran Nikah Luar Negara (JAWI)
Denda
Denda Nikah di Thailand
Berikut
ialah senarai denda yang boleh dikenakan kepada pasangan yang nikah di
Thailand:
- Pernikahan diluar kawasan tanpa
kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi
RM1,000 atau kedua-duanya sekali). Hukuman ini boleh dikenakan keatas
suami dan isteri.
- Poligami tanpa kebenaran (
penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau
kedua-duanya sekali). Suami sahaja, kecuali Selangor dimana isteri pun
boleh didenda.
- Mendaftarkan nikah selepas 6
bulan ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000
atau kedua-duanya sekali). Hukuman ini boleh dikenakan keatas suami dan
isteri.
Mengapa Pilih Kami
Mengapa Pilih Khidmat Kami
- Kami boleh
ditemui dengan mudah di pejabat kami: No. 126-1 Jalan Puncak Setiawangasa,
54200 Kuala Lumpur.
Kami telah berada di alamat ini sejak
tahun 1996.
Kami bukan agen sindiket nikah palsu yang pasti tak
akan berani memberikan alamat mereka.
- Kami
membawa pasangan ke Songkhla supaya pulang membawa dokumen lengkap,
termasuk surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla.
3. Kami
mempunyai surat kebenaran dari Majlis Agama Islam Songkhla untuk membawa
pasangan ke sana untuk berkahwin.
4. Kami
telah lama menjalankan khidmat ini dan berpengalaman menyelesaikan hampir semua
masalah yang dihadapi oleh pasangan.
Memilih Agen Nikah di Thailand
Memandangkan banyak sindiket nikah palsu yang beroperasi di sempadan
Malaysia - Thailand, dan agen yang tidak menjelaskan keperluan sebenar untuk
mendaftarkan nikah di Malaysia nanti, pemilihan agen harus dilakukan dengan
berhati-hati. Jika tidak, ada kemungkinan nikah tidak sah, atau bermasalah
untuk mendaftar semula di Malaysia nanti.
Berikut adalah beberapa perkara yang harus dipertimbangkan:
- Elakkan
nikah di sempadan di kawasan Malaysia, sedangkan jurunikah/wali hakim
adalah dari Siam, dan/atau surat nikah akan dikeluarkan dari Thailand.
Besar kemungkinan nikah demikian tidak sah dan tak boleh didaftar di
Malaysia.
- Elakkan
agen yang membawa ke Wilayah selain Songkhla, Satun atau Phatthalung,
sebab kemungkinan besar agen itu tidak akan membawa ke Songkhla untuk
mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.
- Elakkan
agen yang tidak memaparkan alamatnya, sebab mereka akan susah dicari kalau
timbul apa-apa masalah dalam urusan nikah atau pendaftaran nikah nanti.
Fikirkan semudah mana agen akan dapat dicari sekiranya berlaku penipuan
dan laporan polis perlu dibuat terhadapnya.
- Berhati-hati
kalau agen meminta wang pendahuluan atau deposit. Tak ada sebab bagi agen
untuk meminta wang pendahuluan. Semua bayaran harus dibuat pada hari
nikah, bukan lebih awal dari itu.
Soalan Lazim
Contoh SMS dari pasangan yang menggunakan khidmat kami untuk kahwin di
Thailand
- Salam.
Terima kasih. Alhamdulillah semua dah selesai
- Aslkum.
Saya mgucapkn bnyk2 trima ksh d atas pertolongan encik....
- Salam.
Saya nak ucapkan terima kasih atas perkhidmatan yang baik untuk bernikah
di Hat Yai. Semuanya telah berjalan lancar. Syukur alhamdulillah
- Terima
kasih, bang. Semuanya berjalan lancar sangat. Kalau ada org lain nak pegi,
saya akan rekomen abang.
- Everything
went very quickly and smoothly. There was no problem at all!
Soalan Lazim
Latar belakang Agensi kami
|
Kami adalah agen kahwin di Thailand, dengan gabungan 2
individu yang mengutamakan etika dan profesionalisma dalam semua urusan. Kami
mempunyai agihan kerja yang jelas dan lengkap, dan kami tidak menggunakan
khidmat mana-mana agen nikah lain pada bila-bila masa. Kami membawa sendiri
pasangan ke Thailand untuk nikah di sana.
|
Adakah sah Kahwin di Thailand ?
|
Sah, menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada
1 Jul 2002. Lihat
disini
|
Kalau wali tak izinkan?
|
Wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang
dalam kewaliannya jika pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak. Kalau
wali enggan sedangkan pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak, maka
wali hakim boleh menikahkan. Lihat
ulasan JAKIM
|
Usia paling muda boleh nikah di Thailand?
|
Perempuan: 16 tahun
Lelaki: 17 tahun
|
Tempat Nikah
|
Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (MAIS) di Hat
Yai atau Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Phatthalung (MAIP). Rakyat asing
yang ingin nikah di Songkhla atau Phatthalung tidak dibenarkan nikah di
tempat selain Pejabat Agama
|
Adakah ini sindiket palsu
|
Ini bukan sindiket palsu. Pernikahan berlangsung di
Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla sendiri oleh jurunikah bertauliah. Rakyat
Songkhla beragama Islam pun dinikahkan oleh jurunikah yang sama.
Selain surat nikah, pasangan akan menerima surat pengesahan nikah dari
MAIS dan akan dibawa ke Konsulat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan
dari Konsulat. Pengesahan dari Konsulat Malaysia adalah pengesahan dari wakil
Kerajaan Malaysia di Siam.
Sindiket palsu tidak akan membawa anda ke Majlis
Agama dan tidak akan menghantar anda ke Konsulat Malaysia untuk mendapatkan
surat pengesahan.
Dan sindiket palsu tidak akan memaparkan alamat mereka dalam blog atau
laman web mereka.
|
Kalau baru bercerai, macam mana mengira tempoh iddah?
|
Bercerai masa suci: Suci 1 → haid → suci 2 → haid → suci 3
→ haid → boleh nikah
Bercerai masa haid: haid → Suci 1 → haid → suci 2 → haid → suci 3 → haid →
boleh nikah
Tapi, Majlis Agama Islam di Songkhla menggunakan 3 bulan 10 hari sebagai
tempoh iddah kalau bercerai hidup, bukan kiraan di atas.
|
Bila boleh pergi untuk kahwin di Thailand?
|
Bila-bila pun boleh. Bagi kami notis dalam sehari pun dah
cukup. Tapi, Konsulat Malaysia tutup pada hari Sabtu dan Ahad, dan pada hari
Cuti Am. Lihat Senarai
Cuti Am Thailand 2012
|
Masa yang diperlukan
|
Surat nikah boleh didapati dalam masa beberapa jam sahaja.
Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia memerlukan sehari dan akan didapati
pada hari berikutnya
|
Dokumen yang perlu dibawa
|
Kad pengenalan dan pasport. Penduduk sempadan (Perlis,
Kedah, Perak dan Kelantan) boleh menggunakan pas sempadan kalau tak ada
pasport. Untuk senarai dokumen lain, Lihat disini
Jabatan Imigresen boleh mengeluarkan pasport dalam masa 2 jam. Tetapi bagi
pemegang kad pengenalan Sabah atau Sarawak yang memohon pasport di
Semenanjung Malaysia, masa untuk mendapatkan pasport ialah lebih kurang
seminggu.
|
Harga untuk khidmat ini
|
RM1,X00 sepasang. Ada perbezaan harga bergantung kepada
keadaan sebenar. Hubungi kami untuk harga yang tepat.
|